Skip to main content

Pisang Dan Benci

entry kali ni aja nak kongsi satu cerita...
aja copy daripada abg ashraf..=)

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.
 
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak- kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
 
 
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu,pagi-pagi lagi murid-
murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. "Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
 
 
 
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
 
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jah-j auh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!
macam mana??menarik x cerita tu??huhu..
kesimpulannya...xpayah la membenci or nak cari musuh ramai2..
fighting2!!
***(*^_^*)*** 

Comments

Popular posts from this blog

kenduri kendara

aja nak bagitau ni....tapi malu...papepon alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar...makanan pon alhamdulillah sedap2...ehehheeh..ok da la xnak tipu korang...aja pergi kenduri kawin tadi...bukan aja yang kawin tau...belum ada jodoh lagi...calon pon xnampak lagi...calon olok2 tu ramai la*** ramai la sangat kan...sape la sudi..bak tunjuk muka..ahaha ***...tapi yang nak kekal sampai akhir hayat tu xjumpe lagi...huhu sedih tol bunyinya....=P perjalanannya bermula disini....pagi tu aja bangun lambat...tapi solat subuh tetap buat ok..lepas solat tu ngantok sangat so aja tido sampai pukul 10 am ok..ahaha...bangun2 terus online...lepas tu una ajak pergi kenduri kawin dekat tengkera...sebelum siap2 sarapan dulu...mee bandung...sumpah sedap...2pinggan aja kerjakan..ehehe...thanks kak ngah una masak mee sedap tu... lepas makan????mandiiiiiiiiiii....ahaha..bertambah boroi + buncit la aja ni ek...tengah siap2 sempat lagi layan cerita autumn in my heart...huhu...lepas tu bermula lah perjalanan...

june

bulan jun adalah bulan aja dan semua yang lahir pada bulan ni... berfikiran jauh dan berwawasan mudah ditawan kerana sikap baik perangai lemah lembut mudah berubah sikap, sangat banyak idea bersikap sensitif otak sentiasa aktif berfikir sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet cepat marah dan cepat sejuk suka bercakap dan berdebat suka buat lawak dan bergurau otak cerdas dan berangan-rangan mudah dan pandai berkawan orangnya sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah terkena selesema suka berkemas cepat rasa bosan kurang pamerkan perasaan lambat sembuh bila terluka hati suka barangan berjenama mudah jadi eksekutif kedegilan yang tidak terkawal siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

akhirnya tercapai juga!

assalamualaikum.. ahaa??pe yg tercapai tu aja?? nk tau x?? xnk tau??ok fine..cite gak! bab ni blog aja!ahahahaha